CATUABA TELAH DI SAHKAN SELAMAT
Assalamualaikum...
Perkara : Catuaba
Merujuk perkara di atas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin berterima kasih di atas pertanyaan yang diajukan. Pihak kami amat menghargai usaha sebegini demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia khususnya.
1. Memandangkan produk Catuaba terdapat dalam bentuk sachet minuman, produk ini dikategorikan sebagai makanan dan dikawal oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM). Nombor yang diajukan dalam soalan iaitu (50) KKM-163/S/25 Jld 163 adalah bukan nombor kelulusan ubat, sebaliknya ia merupakan nombor rujukan surat yang menyatakan klasifikasi produk tersebut sebagai produk makanan.
2. Semua produk makanan adalah tidak perlu berdaftar dengan KKM, namun begitu produk makanan adalah tertakluk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk makanan, pihak tuan boleh menghubungi BKKM di 03-88833558 atau layari laman web BKKM di http://fsq.moh.gov.my/.
3. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1800-88-6722 (NPCC).
Diharap maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78413200
Faks : 03-79682222
Tiada ulasan:
Catat Ulasan