Selamat datang ke KEDAI ON9 WANITA, Anda luar sana ingin mencari sesuatu produk khas utk penjagaan dalaman wanita dan untuk kaum lelaki di sinilah tempat nya dgn produk JAMU yg HOT dipasaran skrg... Jika anda ade sebarang pertanyaan anda bole hubungi NANI ke no 012-2088910 @ ADD FB Rosnani Mohd Noh @ WhatsApp/NANI 012 2088910
Isnin, 24 Februari 2014
INFO KESIHATAN
Penyakit bengkak pada alat kelamin dipanggil “Bartholin Cyst”.
Kelenjar Bartholin berfungsi utk menghasilkan cecair pelincir semasa persetubuhan atau sekadar untuk pembersihan corong/kawasan bibir vagina. Biasanya ia tidak kelihatan pada mata kasar.
Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.
Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan,
Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.
Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.
Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.
Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi,
Kesimpulannya, cegah sebelum melarat..jagalah kebersihan vagina anda dengan kerap mencuci bersih selepas membuang air kecil dan lap kering kawasan vagina supaya tidak berlaku jangkitan bacteria pada kawasan tersebut.
**Penjagaan vagina cara JSD ialah dengan membersihkan kawasan tersebut menggunakan Feminine Wash JSD yang mengandungi antiseptic dan pencegahan daripada jangkitan kuman, seterusnya Masker Vagina untuk mencegah gatal-gatal padaajin kawasan vagina dan membuatkan vagina berada dalam keadaan kering dan selesa.
Label:
INFO KESIHATAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan